|
|
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Utara
Anglers Team (UAT) adalah satu wadah terbaik untuk memberi segala kemudahan dan
memenuhi hasrat para pemancing. Ia bertujuan untuk menyatukan dan memudahkan
para pemancing bukan sahaja di utara malah seluruh Malaysia untuk terlibat dalam
trip, mengetahui selok belok memancing dan berkongsi matlamat serta idea tentang
sukan termashyur ini. Diharapkan melalui adanya website dan forum yang terbuka
ini dapat mendedahkan lagi para pemancing kepada teknik-teknik serta
rahsia-rahsia besar yang terkandung dalam aktiviti memancing yang dianjurkan.
Bagi pihak UAT, saya mengalu-alukan kedatangan saudara-saudari sekalian dalam
menyumbang idea dan ilmu pengetahuan untuk tatapan semua. Jika berminat, kami
juga menganjurkan trip-trip memancing yang dapat memenuhi kegianan anda di
samping mengeratkan hubungan ukhuwwah. Salam perkenalan saya untuk semua
pemancing di Malaysia dan berpeganglah teguhlah kepada perpaduan serta
etika-etika murni dalam sukan memancing agar kita mampu memberi makna kepada
sukan ini. Akhirnya, marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjadikan
memancing sebagai satu sukan yang diangkat setaraf dengan sukan-sukan lain yang
sudah diiktiraf dalam temasya besar dunia. Marilah bersatu dan berjuang dengan
satu slogan kita punya minat yang sama.
"Memancing Biar Sampai Termuntah" -
Ahmad Rizal Shamberi
|
|
|
|
Oleh: Barramundi
[www.utaraanglers.com]
Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular di
Malaysia. Selain dikunjungi oleh pelancong luar negara, ia juga menjadi tumpuan
pelancong tempatan yang gemar menghabiskan masa cuti bersantai bersama keluarga.
Siapa tidak pernah mendengar tentang tempat-tempat menarik di sini seperti
Pantai Batu Feringgi, Taman Kebun Bunga dan Bukit Bendera yang menggamit seribu
kenangan manis. Bagi yang gemarkan acara jalan-jalan cari makan mahupun jalan-jalan cari ikan, Pulau Pinang adalah syurga yang harus dilawati.
  
Syurga Pemancing
Berkunjung
ke Pulau Mutiara tidak akan lengkap bagi kaki pancing jika tidak membawa bersama
peralatan pancing. Setelah memuaskan hati isteri dan anak-anak dengan membawa
mereka membeli belah dan melawat tempat-tempat menarik, si suami yang gila
pancing bolehlah menggunakan kesempatan mood yang baik si isteri untuk memancing
sambil atau mencuba lubuk-lubuk baru di perairannya. Bukan sahaja pantai-pantai
berbukit dan berbatu yang terdapat di sekeliling Pulau Pinang banyak didiami
spesies-spesies bernilai, bahkan lautannya juga menyimpan khazanah yang cukup
kaya. Segala keperluan dan kemudahan memancing seperti infrastruktur, bot
pancing, tekong yang berpengalaman, lubuk-lubuk popular dan resort-resort
memancing dengan harga berpatutan terdapat di sana sini. Pendek kata, Pulau
Pinang adalah syurga dunia bagi para pemancing.
Gambaran yang negatif
Walaupun dari pelbagai segi Pulau Pinang adalah tempat yang menarik, namun ada
juga kecacatannya. Di sebaliknya pantainya yang cantik dan airnya yang jernih,
terselindung di sebaliknya pencemaran-pencemaran yang dibawa oleh kerakusan
tangan manusia dan arus pembangunan yang tidak terkawal. Baru-baru ini kita
dapat membaca di akhbar bagaimana pengurusan sistem pengairan yang tidak cekap
dan sensitif telah menyebabkan segala bentuk sisa kotoran dan kumbahan manusia
dialirkan terus dari rumah-rumah persendirian dan bangunan-bangunan ke laut dan
sungai.
Di sebalik nama-nama pantainya yang gah dan pasir yang memutih, sungai-sungai
yang terdapat di Pulau Pinang adalah dianggap yang terkotor dan paling tercemar
di Asia Tenggara. Barangkali sinonim dengan nama Ayer Itamnya, sungai-sungai
yang mengalir lesu di bandar Georgetown langsung tidak terbela dan tercemar
teruk sehingga menghasilkan bau busuk dan warna air yang hitam. Sungai Pinang
yang terletak di tengah-tengah bandaraya Georgetown misalnya, walaupun menjadi
sumber kehidupan nelayan tetapi hampir tidak dapat dibezakan sangat dengan
longkang yang mengalirkan bahan buangan atau sisa kumbahan. Tambahan lagi,
pencemaran daripada aktiviti ternakan haiwan dialirkan terus ke sungai tersebut
menjadikannya sebagai antara sungai yang paling tercemar dan terbusuk di
Malaysia. Ada yang mengatakan bahawa kuman pun tidak boleh hidup di sini! |Artikel
Penuh.....|
|
|